SYARAT DAN KRITERIA PENYERTAAN
SYARAT PENYERTAAN
1. Anugerah Perdana Menteri Tokoh Kecemerlangan Sumber Manusia diberikan kepada individu yang berjaya sebagai usahawan yang dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat dan menyumbang kepada rakyat. Calon dan pemenang akan dinilai oleh Kementerian Sumber Manusia.
2. Penyertaan bagi kategori Anugerah Majikan 1Malaysia (Perusahaan Kecil Sederhana) adalah terbuka kepada semua syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mengikut definisi berikut :-
  i. Perusahaan kecil dan sederhana dalam sektor perkilangan, perkhidmatan berkaitan perkilangan dan industri asas tani dengan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 200 orang atau nilai jualan tahunan tidak melebihi RM50 juta.
  ii. Perusahaan kecil dan sederhana dalam sektor perkhidmatan, pertanian asas dan teknologi maklumat & komunikasi dengan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 75 orang atau nilai jualan tahunan tidak melebihi RM20 juta.
3. Anugerah yang dipertandingkan bagi kategori Anugerah Majikan 1Malaysia adalah terbuka kepada semua syarikat dalam kategori Syarikat Besar, GLC (Syarikat Berkaitan Kerajaan) dan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS).
4. Penyertaan bagi Anugerah Majikan Berdaya Saing Glokal adalah terbuka kepada semua syarikat tempatan.
5. Penyertaan bagi Anugerah Tokoh Pekerja Negara (Eksekutif, Bukan Eksekutif dan OKU) adalah dicalonkan olen majikan / syarikat masing-masing.
6. Penyertaan dalam lebih dari satu anugerah adalah dibenarkan.
7. Semua penerima anugerah pada tahun 2014, 2015 dan 2016 yang dalam kategori yang sama adalah TIDAK LAYAK untuk menyertai anugerah.
KRITERIA PENYERTAAN

ANUGERAH PERDANA MENTERI TOKOH KECEMERLANGAN SUMBER MANUSIA

Anugerah ini merupakan anugerah utama dan yang berprestij berbanding dengan anugerah-anugerah lain. Anugerah ini akan memberikan tumpuan kepada individu yang berjaya sebagai usahawan yang dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat dan menyumbang kepada rakyat. Selain itu elemen personal, sponsorship dan sumbangan (CSR) yang dilakukan secara berterusan kepada masyarakat, orang miskin, sektor pendidikan, keagamaan dan lain-lain lagi juga akan dititik beratkan.
 
ANUGERAH TOKOH PEKERJA (EKSEKUTIF, BUKAN EKSEKUTIF DAN OKU)
Anugerah ini diberikan kepada pekerja Kumpulan Eksekutif, Bukan Eksekutif dan OKU yang telah menunjukkan prestasi perkhidmatan dan sumbangan ke arah kemajuan pencapaian matlamat syarikat, terlibat secara aktif  dalam bidang kebajikan, sosial atau sukan, mempunyai kepimpinan, kemahiran antara perseorangan (inter-personal skills), ketrampilan, kemahiran komunikasi, kemahiran berbahasa, kemahiran perundingan (negotiation), berintegriti serta berinovasi dan kreatif.
 
ANUGERAH KESATUAN SEKERJA CEMERLANG (SEKTOR AWAM)
Anugerah ini akan diberikan penekanan kepada usaha-usaha Kesatuan dalam menumpukan kepada perhubungan harmoni dengan Majikan dan mengamalkan budaya perpaduan 1Malaysia.
 
ANUGERAH KESATUAN SEKERJA HARMONI (SEKTOR SWASTA)
Anugerah ini akan diberikan penekanan kepada usaha-usaha Kesatuan dalam menumpukan kepada perhubungan harmoni dengan Majikan dan mengamalkan budaya perpaduan 1Malaysia.
 
ANUGERAH MAJIKAN 1MALAYSIA (SYARIKAT BESAR, SYARIKAT GLC DAN PKS)
Anugerah ini akan diberikan penekanan kepada usaha-usaha Majikan dalam memberikan tumpuan kepada usaha memupuk semangat perpaduan 1Malaysia , seperti mana yang diusahakan kerajaan agar keharmonian , happiness index meningkat dan keperihatinan kepada pekerja diutamakan serta mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan pekerja-pekerjanya.
 
ANUGERAH MAJIKAN BERDAYA SAING GLOKAL (TERBUKA)
Anugerah ini dikhususkan kepada syarikat yang bersaing di peringkat antarabangsa dengan mengekspot produk atau pekerja tempatan. Pengiktirafan perlu diberikan kepada syarikat sebegini agar lebih banyak syarikat yang bersaing di peringkat antarabangsa dan menaikkan imej Malaysia dengan produk dari Malaysia.
 
©2017 Hakcipta Terpelihara Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk Kementerian Sumber Manusia.
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi 1024x768.